20080815

tujuh

pernah hilang sesuatu?





hilang orang yang disayangi


hilang benda paling disukai



hilang perkara yang penting



hilang



saya pernah hilang sesuatu yang tidak akan datang kembali. saya hanya akan berjumpa kembali dengannya kelak bila lembaran amalan dibuka, bila hati resah menanti dihitung, tika itu dia akan datang kembali menuntut amanah yang tidak ditunaikan.



sihat sebelum sakit

kaya sebelum miskin

muda sebelum tua

lapang sebelum sempit

hidup sebelum mati



bukan kali pertama kehilangan, mungkin terlalu kerap seolah-olah kehadiran dan pemergiannya tidak dirasai, langsung hati umpama tidak endah. saat ini juga, dia hadir, takut dia pergi bawa amal sia-sia, usaha negatif menatap menelaah huruf ayat kosa kata di skrin.


waktu sakit rasa menyesal kerana tidak dapat laksanakan tanggungjawab dengan sempurna. ingin sujud sedalam-dalamnya di sejadah, tapi dia telah pergi. waktu miskin baru teringat kalau ada duit sekarang ini semua orang akan merasa, paling tidak makan ais-krim di El Dolce. tahu kehidupan mendatang semakin sukar, namun masa muda ini kerap kali tidak menyiapkan untuk kesukaran masa hadapan. kekuatan yang dicari, ujian yang mendidik, sabar yang dipinta, kadang-kadang dibiar tak terusik oleh hati kerana fikir muda untuk seronok. kerja masih bertimbun, tertangguh berminggu-minggu, konon dia akan datang esok hari. mungkin juga lusa dia kemari. dia sifatnya bukan begitu, diturut neraca cetek, kelak sempit melalak tak bererti. mungkin ini detik terakhir kunjungannya, saat selepas ini, andai itu tikanya, terhenti, malaikat pencatat tamat satu episod tanggungjawab. dia tidak akan datang kembali walau dilaung walau diraung. datangnya dia nanti menuntut satu keadilan kenapa dia diperlaku tanpa keadilan. dia adalah masa.
ingin berkongsi satu kehilangan
satu saat dalam hidup dirasakan hilang seluruh kekuatan. detik mengetahui akan hilangnya apa yang paling disayangi. mengharapkan saya tidak pernah kehilangan. tapi Allah tahu, hilang kesayangan saya bawa jutaan kebaikan. redha Allah yang dicari, harus redha apa yang diberi. terpaling dari arah merasa kehilangan, saya sedari saat hilang apa yang paling saya sayang adalah saat yang saya sepatutnya perlu syukuri. saya masih punya hari ini. saya masih punya banyak perkara-perkara yang disayangi yang mungkin terabai kerana fikirkan apa yang saya hilang. terfikir bait-bait doa yang sering dipohon, mungkin hilang ini adalah apa yang sering dipinta untuk dihilangkan.
kepada yang mengenali serta memahami,
maafkan diri ini kebelakangan dengan mimikan muka mencuka, jelingan mata memualkan, muncung mulut meloyakan. kadang-kadang terlalu mencari alasan untuk berbuat sesuka hati. alasan untuk berlepas diri. terlupa hati bukan satu. hati-hati lain juga tetap hati. jujur itu bukan sifat hati ini, dibiar menjeruk tanpa dibuat apa-apa. hingga satu langkah tersadung luka sikit namun darah tidak henti. jazakunallah khair, sokongan, harapan, bantuan, masa, tenaga, perasaan, perkongsian, peringatan, nasihat, teguran. Allah sahaja yang mampu untuk membalasnya.
pinta saya pada jiwa-jiwa yang dekat di hati
yakin dan percayalah pada jiwa yang masih bertatih ini. jiwa dan hati masih lemah untuk berlari laju, tatih, jatuh dan bangkit, mengharap ada tangan yang terus menarik, ada kaki yang turut menuntun lari. ada hati yang tetap menyayangi, ada jiwa yang kerap mengunjungi.
kekuatan itu yang dicari, sabar itu yang diingini, Allah uji berganti-ganti, moga hati tetap utuh melayari
sayang fillah pejuang kehidupan sekalian, pejuang matlamat pejuang Allah. ingin sampaikan salam sayang ini kepada semua yang mengenali dan memahami, masa kian suntuk, yang tinggal hanya baki-baki hari kian memendek. andai saat selepas ini adalah saat terakhir, ingin sekali berjumpa kembali di atas dipan-dipan, di suatu tempat tiada lagi perasaan gundah, itulah kebahagian hakiki. tempat harapan destinasi terakhir.

No comments: