20080729

dua


satu kisah tentang keinginan (seperti diceritakan kepada ............)


namaku X, aku punya banyak keinginan dan impian di dunia ini. aku juga punya matlamat abadi di jannah nanti, insyaAllah. aku berusaha sehari-hari untuk memperoleh kedua-duanya.


namun aku sedar ada dua tarikan yang merentakan realitiku. kadang-kadang aku malas untuk berfikir dan memilih, ku biarkan kaki melangkah tanpa neraca.


aku sering mengharap agar aku peroleh segala yang aku inginkan. segala keinginanku, A,B,C,D...........Z. seringkali aku hampa. biar A atau B, atau juga J, segalanya aku lepaskan.


serabut fikiranku tidak terurai. saki baki hariku adalah longlainya langkahku. bilik suramku juga seakan-akan mencebir melihatku.


aku pernah peroleh satu impian dan hilang semula dalam masa lima minit. bingung aku dibuatnya, terkebil mataku menatap kalimah-kalimah yang dituturkan.


aku tatap kitab Allah dengan hati yang lara dan hampa. saat itu juga aku temui kalimah penyejuk jiwa, penghilang duka. (11:47)

Dia Nuh berkata, " Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu untuk memohon kepada-Mu sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Kalau Engkau tidak mengampuniku, dan tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku termasuk orang yang rugi.


benarlah kata-kata Allah. ya Allah jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku walau sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.


aku merasakan itu impian dan keinginan, tapi Dia jualah yang mengetahui segala yang terbaik. aku ingin sekali berjumpa seorang yang sangat aku rindu, aku tidak pernah berjumpa walau sekali walau aku tahu kisahnya sudah berbelas tahun. aku mengarapkan agar pertemuan ini dilekaskan kerana aku sudah tidak mampu untuk bersabar. namun Dia telah temukan aku dengan sesuatu yang lebih indah. Dia temukan aku dengan individu yang seakan-akan impianku, malah lebih baik hakikatnya. lebih aku fahami pertemuan itu. terima kasih Allah yang telah menemukan aku dengan individu tersebut. (jangan salah faham, ia lebih baik dari apa yang anda akan sangkakan)


Dia yang tahu segala apa yang di langit dan di bumi, segala apa yang tersembuyi di dalam dada. aku megharapkan agar Dia berikan segala yang terbaik untukku, Dia berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala sesuatu. moga aku tsabat.


X bukan ............



20080728

satu

adakah saya melarikan diri? saya sedang mencari diri.