20080804

tiga


seteguh kaktus



rasa janggal apabila menaip perkataan kaktus. lebih ringan tangan menaip cactus. beberapa hari ini saya amat tersentuh dengan beberapa kaktus di hadapan rumah walau sudah lama mereka berada di situ. melihat keteguhan kaktus memberi inspirasi dan semangat yang hilang beberapa ketika. itulah alam ciptaan Allah untuk mereka yang sentiasa berfikir.




gurun kering-kontang dan panas meluap-luap adalah biome kaktus-kaktus ini, walau ada antara species-species kaktus mampu beradaptasi dengan persekitaran yang lain. sekontang gurun, namun kaktus tetap teguh berdiri, berpijak pada tanah kering, punya akar yang kuat menggali kerikil mencari air nun jauh di bawah tanah. sekering gurun, namun kaktus tetap punya air disimpan, sedikit-sedikit dicari air, kaktus tidak pernah kering, jika ia kering bermakna hayatnya makin berbaki sa. biar dunia kaktus itu panas, kaktus tegar berpijak di bumi Tuhan kerana dia punya janji sebagai makhluk. dia tidak pernah menghampakan pedagang haus. kaktus tak turut kering dengan dunianya, malah mampu membasahkan tekak si peminum yang kehausan. walau kaktus nampak lembut mudah dipatahkan, senang-senang dimusnahkan, Allah ciptakan kaktus dengan duri, tak bisa disentuh mahu pun disakiti walau yang menyakiti itu hanya herbivor yang lemah. tatkala hujan yang jarang-jarang di gurun, kaktus tidak tunggu hujan yang akan datang kemudian, pewaris-pewaris kaktus mula mengambil bahagian dalam perlumbaan dunia mereka. mereka asing di biome gurun mereka, walau mereka hanya beberapa, namun mereka kaktus-kaktus yang kuat terus berjuang mempertahankan hidup indah mereka di gurun.




ingin menjadi seteguh kaktus




No comments: