20091023

tiga puluh tujuh

kisah wajah syurga

namanya mohd firdaus. gelaran wajah syurga diberikan ibu saya.teringat kisah remaja ini ketika membelek-belek lecture note dan terpandang perkataan progeria. dia sebaya adik lelaki saya, sudah 17 tahun sekarang. allahualam, apa kisahnya sekarang. (saya hanya berjumpanya ketika dia di tahun satu)

mengimbau hari-hari di tahun 1999. dia tidak sama dengan kanak-kanak lain. memang jelas kelihatan wajahnya yang agak tua, kulit yang sudah berkedut dan kurang tinggi berbanding yang lain. saya tidak pasti dia progeria atau tidak, memang tidak pasti. cerita emak yang juga gurunya, setiap kali kelas bising dengan telatah kanak-kanak 7 tahun, dia bingkas bangun, tarik kerusinya ke hadapan kelas, berdiri di situ dan terus melaungkan azan. subhanallah.

selalunya saya akan pulang selepas pukul 1.15 petang, tahap satu pulang setengah jam lebih awal. dan boleh dikatakan pada setiap hari, saya akan berselisih dengannya, menunggang basikal kecilnya (basikal kanak-kanak 3-4 tahun dan dia menggunakan basikal itu hingga darjah enam), berbaju melayu, menuju masjid kerana mahu jadi yang pertama sampai. mahu berebut mic dengan datuk - datuk bilal masjid, dia mahu dia dulu yang melaungkan azan.

suatu hari, telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini ke atasnya. terdengar laungan Allah, Allahu akbar. tiada perkataan lain. ketika dia berusia tujuh tahun, tidak kedengaran perkataan ibu atau ayah atau cikgu, tapi Allah.

dia tidak pandai menulis, membaca dan mengira. tapi Allah anugerahkan kefahaman Islam padanya. menjadi kanak-kanak istimewa sudah besar cabarannya, diejek rakan-rakan, dibuli pelajar senior, namun hikmah pada dirinya sangat besar.dia memang istimewa, lain dari kanak-kanak lain.

apakah kisahnya kini, kali terakhir mendengar kisahnya dari emak, kalau ke kenduri, dia akan datang bersama rombongan kadi, imam dan bilal. berbanding adik saya, seorang remaja pada hari ini, dunia kononnya canggih dengan teknologi sana-sini, bermotosikal atau berkereta.

setiap kisah punya pengajaran, untuk mereka yang ingin mengambilnya

allahualam







No comments: