20090928

tiga puluh tiga

Wahai para da'i, kalian sudah hijrah ke kota dakwah. Hati-hatilah jangan sampai apa yang sedang kalian jalani itu dirosak oleh rasa benci, hawa nafsu, cinta kekuasaan, ketaatan pada isteri atau ambisi untuk mendapat harta.
Semoga Allah mengurniakan anda keteguhan
Kami sampaikan hal ini kepada kalian, kerana kalian adalah para muhajirin yang enggan kembali kepada kehidupan badui

20090927

tiga puluh dua

memberi definisi kepada kegembiraan. gembira pada ingatan hanya pada Allah. gembira dalam ketenangan jiwa mutmainnah. kegembiraan dengan harapan pada Allah. pada wajah yang sentiasa terzahir kemanisan.pada jiwa yang merasai keikhlasan. pada waktu yang sama tahu kesedihan bakal menyusul mungkin esok lusa. gembira kerana terlalu gembira.

sangat takut untuk nikmat dan ujian gembira. terlalu lalai untuk menghadapinya. terlalu agung perasaan itu pada jiwa berdosa yang tak layak. takut andai kegembiraan itu merampas perbualan suci bersama ilahi. takut andai kegembiraan hanya kerana manusia. takut menghadapi kegembiraan kerana nafsu semata.

saya sangat gembira. gembira. gembira. melihat langit biru dan bilahan cahaya, awan putih berkepul, hujan yang kadang-kadang renyai kadang-kadang taufan. gembira melihat diri mampu merasai gembira. dan gembira juga saat ditimpa kesedihan, waktu pengharapan dan kemanisan.

gembira

20090920

tiga puluh satu

entah dari mana, entah cerita siapa

Ibu semakin sibuk, ibu banyak kerja. Kakak harap kakak faham kenapa ibu tidak dapat temakankan kakak waktu kakak siapkan kerja rumah, waktu kakak menangis atau mungkin waktu kakak gembira. Satu hari tu, kakak tunggu ibu dalam bilik ibu, kakak siapkan kerja rumah di tepi katil ibu, Ibu cakap malam tu ibu ada mesyuarat. Kakak tunggu juga, hingga hamper tengah malam, baru ibu pulang. Ibu terus menghadap computer. Ibu sedar tak kakak ada di sebelah katil ibu. Kakak tunggu ibu sebab hari tu kakak dapat 100 markah Matematik Tambahan. Kakak Cuma nak cakap, kakak sangat gembira.. Kakak mahu kongsi bersama ibu Tapi ibu tak hiraukan kakak, kakak bangun, malam itu kakak menangis semahu-mahunya dalam rukuk dan sujud. Tapi kakak sangat bersyukur, ibu didik kakak untuk tidak pernah mengharap pada manusia, ibu didik kakak untuk cerita segalanya hanya pada Allah. Kakak merasai kebahagian itu.

Kadang-kadang kakak terlalu pentingkan diri sendiri, kakak lupa ibu wanita luar biasa. Ibu ada dua pangkal D, ibu doctor dan ibu juga daie. Ibu ada banyak kerja, tapi setiap saat kakak yakin ibu selalu berusaha untuk memenuhi setiap keperluan kakak. Kakak lupa bagaimana ibu akan usahakan setiap minggu ibu akan bersama kakak dan adik. Ibu bagi kata-kata nasihat, ibu tanya apa kakak dan adik buat setiap hari.Tapi kakak masih tidak faham, kenapa ibu selalu tak benarkan kakak buat apa yang kakak suka. Waktu ibu tidak benarkan kakak ikut rombongan sekolah, kakak sangat tidak berpuas hati. Adik pergi tanpa perlu beritahu ibu, tapi kakak perlu berada di rumah tolong ibu. kakak yakin itulah yang terbaik untuk kakak. Banyak masa kakak dalam luang dengan ibu, kakak sangat bahagia.

Waktu kakak menagis, ibu datang peluk kakak. Erat dakapan ibu. Ibu pujuk kakak. Waktu kakak sangat ketakuatan, ibu pujuk kakak, Ibu suntik kekuatan. Ibu ajar kakak untuk pegang cerek panas, bukan dengan melarang supaya kakak sendiri tahu ia bahaya. Segalanya kakak harap dapat kembali pada Allah. Kakak takut kakak sayang ibu sebab ibu bukan sebab Allah. Kakak takut kasih sayang kita adalah kasih sayang duniawi. Kakak akan berusaha bersungguh-sungguh. Kakak mahu jadi seperti ibu. Kakak mahu terus memacu. Ibu andai ibu baca , ketahuilah kakak sangat sayang ibu. Kakak sayang ibu hanya kerana Allah. Kakak sayang ibu hanya mengharap ganjaran syurga dari Allah. Semoga Allah akan mempertemukan kita di Firdaus.Kakak mahu jadi anak ibu. Anak kesayangan ibu.

Ibu, pegang erat tangan kakak, jangan lepaskan. Kita akan berlari bersama menuju syurga Allah. Tsabit qulubana ala dinik wa taatik wa dakwatik

Salam sayang,
Kakak, anak ibu

20090915

tiga puluh

Apabila kita melihat kelemahan kita sekali sekala atau kegoncangan
dan ketakutan kita sekali sekala atau melihat sekali sekala kecemasan kita
dalam menghadapi kesusahan dan bahaya, maka janganlah kita berputus asa
dari diri kita dan janganlah kita terlalu terharu hingga menganggap diri kita
sudah habis atau tidak layak buat selama lamanya untuk memikul tugas yang
besar, tetapi di samping itu janganlah pula kita menyokong kelemahan kita
dan menyanjungnya sebagai sifat semulajadi manusia dan janganlah pula kita
mempertahankan kelemahan itu dengan alasan ia juga telah dialami oleh
orang-orang yang lebih baik dari kita. Yang perlu kepada kita ialah
berpegang teguh dengan tali Allah untuk bangun kembali dari rebah dan
memulihkan semula keyakinan dan ketenteraman kita serta menjadikan
kemelut yang menggoncangkan hati kita itu sebagai alamat bahawa kita akan
mendapat pentolongan dari Allah. Dengan demikian kita kembali menjadi
kuat, teguh dan tenang untuk meneruskan penjalanan
(tafsir fi zilalil quran)

20090908

dua puluh sembilan

melihat dia rukuk sujud dalam kegelapan malam, atas kelembapan tanah dan di bawah langit hitam, tatkala mereka sedang enak menikmati juadah sederhana.

dia paling lama berjaga, paling berlapar, paling banyak kerjanya, tenang wajah menghadap tuhannya

figura seperti itu pernah terjadi pada sejarah lampau, sejarah moden, dan hari itu.

kebangkitan islam semakin hampir kerana figura itu yang memegang obor

kerana dia adalah kesungguhan




dan saya, pernah terfikir dan akan selalu berfikir,
kerana kesungguhan itu juga saya, selayaknya
cita dan tekad, sampaikan ya Allah