20090920

tiga puluh satu

entah dari mana, entah cerita siapa

Ibu semakin sibuk, ibu banyak kerja. Kakak harap kakak faham kenapa ibu tidak dapat temakankan kakak waktu kakak siapkan kerja rumah, waktu kakak menangis atau mungkin waktu kakak gembira. Satu hari tu, kakak tunggu ibu dalam bilik ibu, kakak siapkan kerja rumah di tepi katil ibu, Ibu cakap malam tu ibu ada mesyuarat. Kakak tunggu juga, hingga hamper tengah malam, baru ibu pulang. Ibu terus menghadap computer. Ibu sedar tak kakak ada di sebelah katil ibu. Kakak tunggu ibu sebab hari tu kakak dapat 100 markah Matematik Tambahan. Kakak Cuma nak cakap, kakak sangat gembira.. Kakak mahu kongsi bersama ibu Tapi ibu tak hiraukan kakak, kakak bangun, malam itu kakak menangis semahu-mahunya dalam rukuk dan sujud. Tapi kakak sangat bersyukur, ibu didik kakak untuk tidak pernah mengharap pada manusia, ibu didik kakak untuk cerita segalanya hanya pada Allah. Kakak merasai kebahagian itu.

Kadang-kadang kakak terlalu pentingkan diri sendiri, kakak lupa ibu wanita luar biasa. Ibu ada dua pangkal D, ibu doctor dan ibu juga daie. Ibu ada banyak kerja, tapi setiap saat kakak yakin ibu selalu berusaha untuk memenuhi setiap keperluan kakak. Kakak lupa bagaimana ibu akan usahakan setiap minggu ibu akan bersama kakak dan adik. Ibu bagi kata-kata nasihat, ibu tanya apa kakak dan adik buat setiap hari.Tapi kakak masih tidak faham, kenapa ibu selalu tak benarkan kakak buat apa yang kakak suka. Waktu ibu tidak benarkan kakak ikut rombongan sekolah, kakak sangat tidak berpuas hati. Adik pergi tanpa perlu beritahu ibu, tapi kakak perlu berada di rumah tolong ibu. kakak yakin itulah yang terbaik untuk kakak. Banyak masa kakak dalam luang dengan ibu, kakak sangat bahagia.

Waktu kakak menagis, ibu datang peluk kakak. Erat dakapan ibu. Ibu pujuk kakak. Waktu kakak sangat ketakuatan, ibu pujuk kakak, Ibu suntik kekuatan. Ibu ajar kakak untuk pegang cerek panas, bukan dengan melarang supaya kakak sendiri tahu ia bahaya. Segalanya kakak harap dapat kembali pada Allah. Kakak takut kakak sayang ibu sebab ibu bukan sebab Allah. Kakak takut kasih sayang kita adalah kasih sayang duniawi. Kakak akan berusaha bersungguh-sungguh. Kakak mahu jadi seperti ibu. Kakak mahu terus memacu. Ibu andai ibu baca , ketahuilah kakak sangat sayang ibu. Kakak sayang ibu hanya kerana Allah. Kakak sayang ibu hanya mengharap ganjaran syurga dari Allah. Semoga Allah akan mempertemukan kita di Firdaus.Kakak mahu jadi anak ibu. Anak kesayangan ibu.

Ibu, pegang erat tangan kakak, jangan lepaskan. Kita akan berlari bersama menuju syurga Allah. Tsabit qulubana ala dinik wa taatik wa dakwatik

Salam sayang,
Kakak, anak ibu

No comments: