20091127

empat pulu satu

eid adha, bersama kisah-kisah pengorbanan.

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. syukurnya Nabi Ibrahim pada hari kelahiran Nabi Ishaq dan Nabi Ismail, pada hari-hari tuanya. Syukurnya Nabi Sulaiman atas segala fadhliAllah, mengingatkan baginda akan ujian untuk bersyukur atau kufur. Syukurnya Nabi Daud dengan limpah kerajaan yang dipimpinnya. Dan kisah-kisah para anbiya' yang lain, begitu sifat mukmin, tidak lekang dengan kesyukuran.

masih terngiang-ngiang khutbah eidul adha di Debney's Park tahun lalu, mudah sahaja isinya. Khatib itu mengulas isi dari Surah al-Kauthar, hanya tiga ayat, namun maknanya begitu tebal. Allah telah mengurniakan kita pelbagai nikmat, terlalu banyak, kita sahaja yang banyak mengeluh dan bersangka buruk dengan Allah andai tidak memperoleh sesuatu yang baik pada waktu yang kita inginkan. Namun, Dia, Rabb yang menguasai langit dan bumi mengetahui setiap ceruk dunia dan makhluk-Nya. Dengan segala yang telah Allah kurniakan, Dia hanya menginginkan hamba-Nya untuk bersyukur, zahirkan dengan solat dan bekorban lillahi taala.

Dan khutbah tadi di ICV, begitu berbeza yang disampaikan dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, ketinggian tarbiyyah dalam bahasa Arab yang indah, saya cuba mengamati maksud-maksud perkataan. Sungguh tertarik dengan perkataan al-fida' Ibrahim. Sangat tertarik dengan point masa yang disampaikan. Masa dan jahiliyyah. Jahiliyyah bukan hanya yang terzahir, bukan hanya seperti yang tergambar dalam sirah, namun jahiliyyah yang sangat dekat dengan manusia hari ini, internet itu sendiri. Kadang-kadang kita menggunakan neraca dunia untuk setiap yang kita lakukan. Hanya melihat halal dan haram pada maksud yang jelas. Jahiliyyah juga berlaku pada waktu yang kita gunakan. Ramai masih tidak sedar, termasuk mereka yang telah berjanji membawa risalah Allah ini, masa yang kita gunakan di hadapan komputer, membaca blog, dari satu blog ke blog yang lain, menonton movie yang kononnya islamik, mendengar lagu-lagu nasyid dari pagi hingga petang, lihatlah masa-masa tersebut, semudah itu kita menghabiskan masa. (menarik artikel dalam blog www.fairytaleho.blogspot.com berkenaan masa-masa daie). Mungkin di situ tersisa jahiliyyah. Seharusnya masa-masa daie itu bukan hanya di depan komputer tetapi masa-masa dalam pelukan cendiakawan.

Serta budaya tanasuh dalam hati mukmin. Tanasuh yang diwajibkan Allah kepada orang-orang beriman, dan di sini letaknya kunci kesejahteraan. Jangan pernah merasakan kitalah yang paling baik, kita lebih hebat dari saudara kita, kerana setitik perasaan itu menjauhkan kita dari syurga.

Allahualam

Kepada Allah diserahkan segala urusan

Salam eidul Adha 1430
Baitul Fida'
Melbourne Munawwarah

No comments: