20090816

dua puluh lapan

" siapa akan pulang pertengahan tahun ini"
seorang meninggalkan kami
"siapa akan pulang hujung tahun ini"
sepuluh sebelas orang bangun
"siapa akan pulang tahun hadapan"
mereka, tentera-tentera
" tahun seterusnya"
bertambah jumlahnya
"tahun berikutnya"
lagi seorang mengundur diri

yang tingal mereka bertiga

berkocak dalam jiwa, banyak kerja,sangat banyak, perlu diusahakan dengan jiddiyah, syadid dengan diri, namun, kuncinya adalah keikhlasan, kuncinya adalah ketakwaan, yang utama, hubungan dengan Allah

-memburu unta merah, jangan dilupa semut hitam-

jazakunallah murabbi

who am I - the reflection
inspirasi Nioka - the blooming buttercup, and the sunset-agar terus memacu
-mereka,mereka, mereka dan aku-

20090524

dua puluh tujuh

Sesungguhnya keikhlasan adalah pangkal keberhasilan. Sesungguhnya di tangan Allahlah ketentuan segala urusan. Sesungguhnya para pendahulu kamu yang mulia tidaklah meraih kemenangan kecuali dengan kekuatan iman, kesucian jiwa, kecerdasan diri, keikhlasan hati dan berbuat atas dasar akidah dan keredhaan. Mereka menjadikan segala sesuatu selaras dengannya. Sehingga jiwa mereka menyatu dengan akidah mereka. Mereka adalah fikrah dan fikrah adalah mereka. Jika anda juga seperti mereka, maka berfikirlah, semoga Allah mengilhamkan pada anda keterpimpinan dan kebenaran, dan ketahuilah hanya Allah yang menguatkan kamu dengan kekuatan dan keberhasilan. Namun sekiranya di antara kamu ada orang yang hatinya sakit, tujuannya sudah cacat, menyembunyikan ambisi tertentu, atau sekadar ingin membalas dendam lama, maka keluarlah dia dari balasan anda, kerana dia adalah penghalang bagi kita untuk meraih rahmat Allah dan penghambat untuk mendapatkan taufiq
(Imam Hasan al-Banna)

Tsabitsqulubana ya Allah

20090519

dua puluh enam

selalu merasakan kesukaran, kesedihan, masalah itu dan ini.
kita mula mengomel,
" banyaknya kerja, assignment bertimbun-timbun"
" tak puas hatinya dengan dia tu, tak buat kerja pun"

atau dalam bentuk tulisan

kita nak sangat semua orang tahu kondisi kita waktu itu

teringat Rasulullah ketika di Taif, masalah baginda bukan sekadar remeh-temeh, baginda dihina. sekukuh gunung sekalipun tak sanggup melihat, mahu sahaja gunung itu menghempap penduduk Taif. Perjuangan Rasulullah, tak pernah dia menyatakan ketidak puasan hatinya. Lalu baginda berwuduk dan solat 2 rakaat. Baginda terus ceritakan perasaannya pada pemilik hati, yang maha mendengar maha melihat.

doa baginda

اللهم إني أشكو إليك ضعف قوتي وهواني على الناس أنت أرحم الراحمين إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى قريب ملكته أمري إن لم تكن غضبان علي فلا أبالي غير أن عافيتك أوسع لي أعوذ بوجهك الذي أشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة أن ينزل بي غضبك أو يحل بي سخطك لك العتبى حتى ترضى ولا قوة إلا بالله

“O Allah, I complain to You of my weakness and my insignificance in the eyes of the people. You are the most Merciful. No matter who You have put me at the mercy of – an enemy who will be stern with me, or a friend to look after my affairs – as long as You are not Angry with me, then I don’t care. However, the relief You bring would be more comfortable for me. I seek refuge with Your Face – for which the darkness has lit up, and the affairs of this world and the next are organized – from being afflicted with Your Wrath or deserving of Your Anger. You have the right to admonish as You please, and there is no might nor power except by Allah.”



-as long as You are not Angry with me, then I don’t care-

cukuplah Allah bagiku

janji itu ya Allah, ingatkan aku selalu untuk tunaikannya-hambaMu

20090507

dua puuluh lima

Demi waktu dhuha
demi malam apabila sunyi
tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu
dan tidak pula membencimu
dan sungguh yang kemudian itu lebih baik daripada permulaan


subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar

hidup penuh dengan warna. walau ia hitam kadang-kadang ada gembiranya, putih jua ada kusutnya. itulah Allah rabbana, yang menjadikan siang dan malam, hitam dan putih.

perjalanan tadi sungguh, sungguh menyentuh hati, di satu jalan yang tak pernah dilalui sebelum ini, bersama insan yang tidak dikenali, melihat alam penuh emosi. di situ ujiannya, di situ tarbiyyahnya. di situ amalnya.

perjalanan tadi juga menemukan kehidupan suram beberapa manusia. tapi saya yakin mereka sangat gembira. tapi hidup bukan semata di dunia. nikmat Allah mengajarkan diri ini tentang kehidupan nanti.

perjalanan semalam juga, penuh dengan erti, sehari lepas, dua hari lepas, tiga hari lepas, semua itu ada kisahnya. saat dikhabarkan berita itu, saat dipujuk segala perasaan, saat difahamkan, saat diri perlu bertindak, membuat keputusan.

itulah perjalanan kehidupan. itulah rencana-Nya


-Ya Allah, yang mengetahui segalanya, yang merencanakan kehidupanku, tetapkan aku, pilih aku, aku berlindung padamu daripada kemahuan diriku yang bukan hidayahmu. aku ingin kembali padamu penuh kerinduan. Ya Allah, engkau cintaku, engkau kasihku, hatiku hanya untukmu-

di sana ada ubatnya


20090415

dua puluh empat

saya tidak faham dengan teknologi canggih. saya tidak faham apa itu maksud connections. hari ini hari tanpa connection. saya call enam orang termasuk emak dan ayah saya, jawapan mereka sama sahaja-maaf, tengah ada kerja. saya message beberapa orang, sepanjang hari tak ada yang reply. ym pon orang tak reply. saya faham semua orang banyak kerja dan sentiasa bekerja. mungkin saya sahaja yang terlalu banyak relax. saya rindu ramai orang.saya nak cakap saya sayang dan rindu. saya nak cerita macam-macam. hampa

bukan itu yang terbaik untuk diri saya. Allah telah memberi yang lebih baik daripada itu, untuk berbual dengan orang yang dekat, untuk bersama dengan orang yang selalu bersama. untuk bekerja dengan orang yang akan saya bekerja dengannya. ini peluang.

harapnya ada orang yang sudi untuk bercakap-cakap dengan saya. untuk terus message saya. sudah lama saya tak dengar ringtone handphone saya. saya rindu dan sayang semua orang. mohon maaf salah dan silap, andai ini detik yang terakhir, andai seterusnya adalah kematian saya, semoga segalanya diterima

20090322

dua puluh tiga

"aku telah berbuat banyak untuk islam" konon. maaflah jika anda membaca, coretan ini ditulis untuk iktibar diri sendiri, ambillah pengajaran untuk kebaikan dan tinggalkan segala keburukan dan nasihatilah saya. kenapa dos tarbiyyah yang sama melahirkan insan yang berbeza. persoalan ini saya sering timbulkan. kadang-kadang sengaja. semua diajar, diasuh dengan akhlak mulia, berlapang dada itu serendah-rendah ukhuwah, dan yang paling tinggi ialah ithar. kita belajar tentang malu, qanaah, bermuka manis, kita dididik untuk menghilangkan hasad dengki, berkata benar. tapi ada yang senang sahaja, tak perlu diceritakan, tak perlu diberi tazkirah, mudah sahaja untuk dia berakhlak mulia. sebahagian yang lain bertatih untuk melengkapkan diri dengan kebaikan, ada juga yang buat tak endah. tapi kenapa ada perbezaan hasil untuk ubat yang sama.

di mana ilmu-ilmu ini diterima. hanya telinga dan mata sahaja bekerja. ingat wahai diri, segala tapisan ilmu berlaku di hati. karat-karat dosa menghalang kebaikan menyentuh hati. walau diberi segunung ilmu, jika hati hitam pekat mana mungkin dapat menembusi. cermin diri biar sampai ke hati. mungkin inilah penyebab diri susah benar untuk merealisasikan segala yang dipelajari.

memang manusia tidak sempurna, tapi kejadian manusia itu sempurna; ruh, jasad, rohani, jasmani, perasaan, emosi, dan yang menyempurnakan diri manusia adalah islam. tak layak untuk saya menyatakan diri ini tidak sempurna sebelum saya berusaha. dan tidak adil untuk saya mengharapkan kesempurnaan orang lain. adakah kita tidak sempurna? kita menafikan kesempurnaan itu kerana kita tidak mahu, dan kita rasa cukup menjadi diri kita tanpa menambah nilai-nilai yang diajar Allah. memang sampai mati kita tidak akan sempurna kalau kita berfikiran seperti itu. mengapa tidak untuk kita menjadi sempurna? tapi siapa yang menilai, biar Allah sahaja yang menghakimi diri saya, kerana saya percaya kaca mata manusia lebih banyak melihat keburukan daripada kebaikan. moga Allah menjadikan penglihatan, pendengaran, pertuturan daripadanya hidayahnya.

ya Allah. hilangkanlah segala yang menghalang diri ini daripada berbuat ikhlas untuk agamaMu.

20090319

dua puluh dua

ada nyawa pada biji benih kering. ditanam, disiram, perlahan-lahan tumbuh pucuknya. akarnya mula menapak teguh untuk hari-hari mendatang. sabar sekali dia membesar, mungkin ajalnya esok lusa, dia tetap tumbuh ikut perintah tuhan. dia akan mati bila tuhan matikannya. penanam biji benih itu gembira sehari-hari melihat biji benih itu berusaha menghadapi dunia, senyum riang mereka. mereka mengira dengan setiap formula, suhu dimalar dengan iklim tropika, biji benih itu disiram dengan takat yang tetap. pasti yang menumbuhkannya adalah Allah yang esa. dalam biji kecil itu ada nyawa rupanya.

si kecil lima beradik mula berlari terenjot, kecil tubuhnya, menangis, sayu sekali. mengharap ibu pulang di sisi. sekecil itu punya nyawa yang dipertanggungjawabkan. sebesar ini aku mudah lupa nikmat nyawa dan ruh. dan setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

-perlu lebih kuat-