20080924

sepuluh

Selepas bermain di halaman rumah Ali masuk ke dalam dan terus mencapai kuih karipap yang sedia terhidang di atas meja.
" Ali, basuh tangan dahulu baru makan, tangan kotor nanti cacing masuk dalam perut", kedengaran suara ibu dari dapur.
" Tapi Ali lapar. Tangan Ali bersih la ibu"
" Basuh tangan dulu, Ali. Jangan degil"
Ali tidak mengendahkan nasihat ibunya. Karipap yang dipegang terus disuap ke dalam mulut. Dia makan beberapa biji karipap dan keluar bermain semula.
Keesokan harinya, Ali sakit perut. Ali tidak henti-henti masuk ke tandas. Ali tidak dapat pergi ke sekolah. Ali sangat menyesal kerana tidak mengikut nasihat ibunya.


cerita guru tadika saya pada hari pertama di tadika ketikasaya berusia 5 tahun. saya hanya bertadika selama seminggu. pengalaman yang dikutip sangat bermakna.

tangan yang kotor lahir dari hati yang kotor, tidak layak memegang risalah suci warisan anbiya'. moga diri yang diwakafkan sentiasa dibersihkan dari kekotoran duniawi. niat dan cita adalah obsesi sana




20080907

sembilan


Kesabaran adalah kuda-kuda pertahanan orang-orang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekal kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun karena keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Allah swt.

Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran: 146)


masih manja dengan dunia

20080828

lapan


dalam subject ecology, apa yang saya pelajari adalah theory yang tidak ada kata putus. membaca journal atau buku ecology kadang kala memeningkan kepala untuk menerima pendapat yang yang berbeza-beza tentang sesuatu perkara. sukar sebenarnya untuk mentafsir alam dengan akal fikiran semata. syukur, dalam kelas yang sangat ramai (dibandingkan subject botany lain yang pernah saya ambil), saya ada kefahaman yang lebih dari orang lain. kefahaman tentang penciptaan alam oleh Allah yang penuh keindahan dan keajaiban, yang bukan hanya theory-theory yang diciptakan untuk memenuhi kepentingan diri. ilmu yang Allah kurniakan pada manusia hanyalah sedikit, Allah jualah yang mengetahui setiap butir ciptaan-Nya. dan kepada-Nyalah kembali segala sesuatu. dalam ecology, pelbagai approach digunakan untuk menimbang tara teori yang dihasilkan. dalam satu approach terdapat pelbagai kaedah yang berbeza. hasilnya, pemikiran manusia adalah terhad. interaksi alam sangat complex dan sangat sukar untuk difahami. inilah yang menarik tentang ecology. kebebasan untuk menilai, menerima atau menolak hipotesis, dan experiment yang memerlukan kesabaran (seperti mengira dan mengenal pasti species invertebrate yang beratus ekor)

kalau bukan experiment ecology juga saya perlu mengira invertebrate ini

housemate yang tidak membayar sewa rumah dan bil air

bukanlah subject ecology yang hendak ditekankan. jadi, anda perlu membaca dengan fikrah yang sama seperti fikrah saya menulis.


manusia sangat berbeza. Allah ciptakan manusia berbillion, setiap satu dari berbillion tidak sama dengan satu yang lain. akidah telah menyatukan manusia yang berbeza-beza ini dengan satu ikatan yang sangat kuat. kerana manusia berbeza, approach untuk individu berlainan adalah berbeza. untuk menyampaikan kefahaman akidah ini memerlukan approach yang berbeza-beza untuk individu yang berbeza. satu individu juga punya perubahan zahir dan batin pada setiap masa. amat penting untuk betul-betul memahami individu tersebut. tidak semestinya jika dia seorang yang serious dia tidak boleh menjadi keanak-anakan. atau mungkin seorang yang serious mahu juga dilayan seperti seorang ibu melayan anaknya. begitu juga vice versa.


matlamat kita sama. kita hendak menuju matlamat itu. kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melihat kebangkitan Islam. bila direnung kembali, hidup saya sangat menarik (walau zahirnya orang melihat bosannya hidup ...........) lembaran masa hadapan seperti terpampang di depan mata, lembaran hasil visual sirah dan sejarah lampau. juga melihat kesungguhan mereka yang telah lama. ingin sesangat-sangatnya untuk berada dalam bahtera penyelamat ini. sama-sama bertarung menongkah arus kuat, membantu, setia, faham, dan bangkit kembali walau sejuta kali jatuh, serta bertahan. kepada Allah dipohon kekuatan untuk gagah berlari pada jalan penuh onak duri, biar kaki kebal tidak merasa yang dipijak, biar hati tidak keluh kesah pada perkara-perkara kecil. pertarungan dan perjuangan hanya untuk Allah semata. insyaAllah.


20080815

tujuh

pernah hilang sesuatu?





hilang orang yang disayangi


hilang benda paling disukai



hilang perkara yang penting



hilang



saya pernah hilang sesuatu yang tidak akan datang kembali. saya hanya akan berjumpa kembali dengannya kelak bila lembaran amalan dibuka, bila hati resah menanti dihitung, tika itu dia akan datang kembali menuntut amanah yang tidak ditunaikan.



sihat sebelum sakit

kaya sebelum miskin

muda sebelum tua

lapang sebelum sempit

hidup sebelum mati



bukan kali pertama kehilangan, mungkin terlalu kerap seolah-olah kehadiran dan pemergiannya tidak dirasai, langsung hati umpama tidak endah. saat ini juga, dia hadir, takut dia pergi bawa amal sia-sia, usaha negatif menatap menelaah huruf ayat kosa kata di skrin.


waktu sakit rasa menyesal kerana tidak dapat laksanakan tanggungjawab dengan sempurna. ingin sujud sedalam-dalamnya di sejadah, tapi dia telah pergi. waktu miskin baru teringat kalau ada duit sekarang ini semua orang akan merasa, paling tidak makan ais-krim di El Dolce. tahu kehidupan mendatang semakin sukar, namun masa muda ini kerap kali tidak menyiapkan untuk kesukaran masa hadapan. kekuatan yang dicari, ujian yang mendidik, sabar yang dipinta, kadang-kadang dibiar tak terusik oleh hati kerana fikir muda untuk seronok. kerja masih bertimbun, tertangguh berminggu-minggu, konon dia akan datang esok hari. mungkin juga lusa dia kemari. dia sifatnya bukan begitu, diturut neraca cetek, kelak sempit melalak tak bererti. mungkin ini detik terakhir kunjungannya, saat selepas ini, andai itu tikanya, terhenti, malaikat pencatat tamat satu episod tanggungjawab. dia tidak akan datang kembali walau dilaung walau diraung. datangnya dia nanti menuntut satu keadilan kenapa dia diperlaku tanpa keadilan. dia adalah masa.
ingin berkongsi satu kehilangan
satu saat dalam hidup dirasakan hilang seluruh kekuatan. detik mengetahui akan hilangnya apa yang paling disayangi. mengharapkan saya tidak pernah kehilangan. tapi Allah tahu, hilang kesayangan saya bawa jutaan kebaikan. redha Allah yang dicari, harus redha apa yang diberi. terpaling dari arah merasa kehilangan, saya sedari saat hilang apa yang paling saya sayang adalah saat yang saya sepatutnya perlu syukuri. saya masih punya hari ini. saya masih punya banyak perkara-perkara yang disayangi yang mungkin terabai kerana fikirkan apa yang saya hilang. terfikir bait-bait doa yang sering dipohon, mungkin hilang ini adalah apa yang sering dipinta untuk dihilangkan.
kepada yang mengenali serta memahami,
maafkan diri ini kebelakangan dengan mimikan muka mencuka, jelingan mata memualkan, muncung mulut meloyakan. kadang-kadang terlalu mencari alasan untuk berbuat sesuka hati. alasan untuk berlepas diri. terlupa hati bukan satu. hati-hati lain juga tetap hati. jujur itu bukan sifat hati ini, dibiar menjeruk tanpa dibuat apa-apa. hingga satu langkah tersadung luka sikit namun darah tidak henti. jazakunallah khair, sokongan, harapan, bantuan, masa, tenaga, perasaan, perkongsian, peringatan, nasihat, teguran. Allah sahaja yang mampu untuk membalasnya.
pinta saya pada jiwa-jiwa yang dekat di hati
yakin dan percayalah pada jiwa yang masih bertatih ini. jiwa dan hati masih lemah untuk berlari laju, tatih, jatuh dan bangkit, mengharap ada tangan yang terus menarik, ada kaki yang turut menuntun lari. ada hati yang tetap menyayangi, ada jiwa yang kerap mengunjungi.
kekuatan itu yang dicari, sabar itu yang diingini, Allah uji berganti-ganti, moga hati tetap utuh melayari
sayang fillah pejuang kehidupan sekalian, pejuang matlamat pejuang Allah. ingin sampaikan salam sayang ini kepada semua yang mengenali dan memahami, masa kian suntuk, yang tinggal hanya baki-baki hari kian memendek. andai saat selepas ini adalah saat terakhir, ingin sekali berjumpa kembali di atas dipan-dipan, di suatu tempat tiada lagi perasaan gundah, itulah kebahagian hakiki. tempat harapan destinasi terakhir.

20080814

enam

Tuhan lama aku gelintar cari arah cahaya menerangi gelitaTuhan indahnya hidayah-Mu sinari ruang kalbu luruh air mataku mensyukuri nikmat Tuhan pimpinlah hati ini untuk ku menghayati petunjuk-Mu walau diuji kesabaranku juga keimananku tidak tercabar keyakinanku pada janji-janji-Mu tetap bersujud di hadapan-Mu merayu cinta-Mu seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk-Mu betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan semoga selamanya aku kekal di jalan-Mu

20080811

lima

dedikasi untuk kekanda-kekanda ahlul pelham


Duhai kekanda usah membisu

Mengapakah bersedih

Duhai kekanda ku rasa sayu

Mengapa kau begitu

Dinihari petang menanti

Ku kesepian


Duhai adik kau tak mengerti

Mengapa ku begini

Kukenangkan kisah silam

Memori indah bersama

Apakah saat itu mungkin berulang

Ku harap saat itu akan berulang


Kiasan hidup ibarat roda

Kekadang di atas di bawah di atas semula

Redha dan syukur apa kehendak-Nya

Itulah tanda kasih sayang kita


Tutur katamu itu penuh bermakna

Kini hilanglah kerinduan di jiwa

Wahai kekanda tenangnya di hatiku

Melihat wajahmu kembali ceria

20080810

empat

ar-ruhul jadid

kerana di sini budayanya ialah berkorban

menyelusuri jejak pengorbanan Nabi Muhammad

membawa risalah menempuh dugaan

hingga saya tahu Allah ahad