20090507

dua puuluh lima

Demi waktu dhuha
demi malam apabila sunyi
tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu
dan tidak pula membencimu
dan sungguh yang kemudian itu lebih baik daripada permulaan


subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar

hidup penuh dengan warna. walau ia hitam kadang-kadang ada gembiranya, putih jua ada kusutnya. itulah Allah rabbana, yang menjadikan siang dan malam, hitam dan putih.

perjalanan tadi sungguh, sungguh menyentuh hati, di satu jalan yang tak pernah dilalui sebelum ini, bersama insan yang tidak dikenali, melihat alam penuh emosi. di situ ujiannya, di situ tarbiyyahnya. di situ amalnya.

perjalanan tadi juga menemukan kehidupan suram beberapa manusia. tapi saya yakin mereka sangat gembira. tapi hidup bukan semata di dunia. nikmat Allah mengajarkan diri ini tentang kehidupan nanti.

perjalanan semalam juga, penuh dengan erti, sehari lepas, dua hari lepas, tiga hari lepas, semua itu ada kisahnya. saat dikhabarkan berita itu, saat dipujuk segala perasaan, saat difahamkan, saat diri perlu bertindak, membuat keputusan.

itulah perjalanan kehidupan. itulah rencana-Nya


-Ya Allah, yang mengetahui segalanya, yang merencanakan kehidupanku, tetapkan aku, pilih aku, aku berlindung padamu daripada kemahuan diriku yang bukan hidayahmu. aku ingin kembali padamu penuh kerinduan. Ya Allah, engkau cintaku, engkau kasihku, hatiku hanya untukmu-

di sana ada ubatnya


20090415

dua puluh empat

saya tidak faham dengan teknologi canggih. saya tidak faham apa itu maksud connections. hari ini hari tanpa connection. saya call enam orang termasuk emak dan ayah saya, jawapan mereka sama sahaja-maaf, tengah ada kerja. saya message beberapa orang, sepanjang hari tak ada yang reply. ym pon orang tak reply. saya faham semua orang banyak kerja dan sentiasa bekerja. mungkin saya sahaja yang terlalu banyak relax. saya rindu ramai orang.saya nak cakap saya sayang dan rindu. saya nak cerita macam-macam. hampa

bukan itu yang terbaik untuk diri saya. Allah telah memberi yang lebih baik daripada itu, untuk berbual dengan orang yang dekat, untuk bersama dengan orang yang selalu bersama. untuk bekerja dengan orang yang akan saya bekerja dengannya. ini peluang.

harapnya ada orang yang sudi untuk bercakap-cakap dengan saya. untuk terus message saya. sudah lama saya tak dengar ringtone handphone saya. saya rindu dan sayang semua orang. mohon maaf salah dan silap, andai ini detik yang terakhir, andai seterusnya adalah kematian saya, semoga segalanya diterima

20090322

dua puluh tiga

"aku telah berbuat banyak untuk islam" konon. maaflah jika anda membaca, coretan ini ditulis untuk iktibar diri sendiri, ambillah pengajaran untuk kebaikan dan tinggalkan segala keburukan dan nasihatilah saya. kenapa dos tarbiyyah yang sama melahirkan insan yang berbeza. persoalan ini saya sering timbulkan. kadang-kadang sengaja. semua diajar, diasuh dengan akhlak mulia, berlapang dada itu serendah-rendah ukhuwah, dan yang paling tinggi ialah ithar. kita belajar tentang malu, qanaah, bermuka manis, kita dididik untuk menghilangkan hasad dengki, berkata benar. tapi ada yang senang sahaja, tak perlu diceritakan, tak perlu diberi tazkirah, mudah sahaja untuk dia berakhlak mulia. sebahagian yang lain bertatih untuk melengkapkan diri dengan kebaikan, ada juga yang buat tak endah. tapi kenapa ada perbezaan hasil untuk ubat yang sama.

di mana ilmu-ilmu ini diterima. hanya telinga dan mata sahaja bekerja. ingat wahai diri, segala tapisan ilmu berlaku di hati. karat-karat dosa menghalang kebaikan menyentuh hati. walau diberi segunung ilmu, jika hati hitam pekat mana mungkin dapat menembusi. cermin diri biar sampai ke hati. mungkin inilah penyebab diri susah benar untuk merealisasikan segala yang dipelajari.

memang manusia tidak sempurna, tapi kejadian manusia itu sempurna; ruh, jasad, rohani, jasmani, perasaan, emosi, dan yang menyempurnakan diri manusia adalah islam. tak layak untuk saya menyatakan diri ini tidak sempurna sebelum saya berusaha. dan tidak adil untuk saya mengharapkan kesempurnaan orang lain. adakah kita tidak sempurna? kita menafikan kesempurnaan itu kerana kita tidak mahu, dan kita rasa cukup menjadi diri kita tanpa menambah nilai-nilai yang diajar Allah. memang sampai mati kita tidak akan sempurna kalau kita berfikiran seperti itu. mengapa tidak untuk kita menjadi sempurna? tapi siapa yang menilai, biar Allah sahaja yang menghakimi diri saya, kerana saya percaya kaca mata manusia lebih banyak melihat keburukan daripada kebaikan. moga Allah menjadikan penglihatan, pendengaran, pertuturan daripadanya hidayahnya.

ya Allah. hilangkanlah segala yang menghalang diri ini daripada berbuat ikhlas untuk agamaMu.

20090319

dua puluh dua

ada nyawa pada biji benih kering. ditanam, disiram, perlahan-lahan tumbuh pucuknya. akarnya mula menapak teguh untuk hari-hari mendatang. sabar sekali dia membesar, mungkin ajalnya esok lusa, dia tetap tumbuh ikut perintah tuhan. dia akan mati bila tuhan matikannya. penanam biji benih itu gembira sehari-hari melihat biji benih itu berusaha menghadapi dunia, senyum riang mereka. mereka mengira dengan setiap formula, suhu dimalar dengan iklim tropika, biji benih itu disiram dengan takat yang tetap. pasti yang menumbuhkannya adalah Allah yang esa. dalam biji kecil itu ada nyawa rupanya.

si kecil lima beradik mula berlari terenjot, kecil tubuhnya, menangis, sayu sekali. mengharap ibu pulang di sisi. sekecil itu punya nyawa yang dipertanggungjawabkan. sebesar ini aku mudah lupa nikmat nyawa dan ruh. dan setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

-perlu lebih kuat-

20090314

dua puluh dua

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


-banyak yang telah berlaku, banyak yang dipelajari, mengajar erti sebuah kehidupan, namun tiada gunanya andai ia sekadar pelajaran tanpa langkah untuk berubah atau mengubah, tiada guna andai ia hanya sebuah ilmu bukan amalan,mencari bekalan untuk pulang kepada dia yang paling dicintai -

ya Allah, engkau yang mengetahui segala di langit dan segala di bumi, mengetahui yang tersirat dan terhijab di hatiku, cukuplah untuk aku mengetahui engkau mendengar dan engkau melihat, kepadamu aku adukan segalanya. ya Allah tunjukkan aku jalan menuju redhaMu, betapa setiap saat aku begitu ingin kembali ke daerah penuh ketenangan, daerah milikMu yang abadi, pimpin aku ya Allah, aku impikan syurgamu, aku impikan menatap wajahMu, wajah kekasihMu, aku impi untuk bertemu abu bakar, aku ingin sekali bertemu umar, uthman, ali, julaibib, dhiya al qalbi,salahudin, aisyah, khadijah, asiah, maryam fatimah. yaAllah aku ingin berada bersama mereka. pelihara aku ya Allah dari syaitan penghuni neraka. mereka sentiasa ingin menjatuhkan aku, mengusik jiwaku, merendam aku dalam dunia penuh emosi, mereka sengaja menhancurkan aku, mereka bersenang lenang ketawa gembira melihat aku menangis kerana termakan racun mereka, jauhkanlah mereka daripadaku, aku merayu padamu, tetapkan hatiku, jangan biarkan mereka mendekatiku

akhawati, yang dekat di hatiku, walau kadang-kadang kita jauh, bertemu bersua seminit dua, ketahuilah diri ini sering mendambakan nasihatmu, tunjuk ajar dan jawapan untuk erti hidup. kadang-kadang aku terlalu menjeruk dengan perasaan, aku tak pandai berkata-kata dan berterus-terang, banyak rahsia hidupku, aku senang daerah itu tidak terusik, namun, pada saat-saat tertentu aku banyak menyusahkan, aku dan egoku sering kali meyakitkan hatimu, bertindak melulu, itu yang terzahir, hatiku banyak berkata-kata. akhawati, aku pernah jatuh dan bangun, aku juga melihatmu, aku cemburu engkau begitu laju, aku masih di sini, dan aku pasti jiwa kotor ini tak akan ke mana andai tidak dibersihkan dahulu. bersoal tentang perasaan, aku punya jiwa yang halus, engkau akan mengetahui bila engkau bersamaku, dan aku yakin engkau telah mengenali diriku, janganlah menghukum sebelum mendengar penjelasan dariku, aku begitu mengharapkan kemaafan darimu,maafkan aku saudaraku

temukan aku ya Allah

20090225

dua puluh satu

ditulis oleh: http://daydreamer11.blog.friendster.com/

kami akan berusaha, mencapai cita2, harumkan nama sekolah serta juga negara,

sekolah sultan mohamad jiwa, kamulah kandungan kami, tempat kami berilmu, berbudi,

untuk bakti yg suci, ….itulah sumpahan kami, berilmu dan berbudi,

kepada bangsa dan pertiwi, semoga Tuhan berkati…. (lawak jugak lirik lagu skolah aku ni eh…. hahaha)

i missssss my skul a lot though (i thought) i hated it… hahaha… syukur alhamdulillah aku dimasukkan kat skulah tuh… haha… my ultimate memories there:-

DM (dewan makan):

* mula2 dulu guna tray ja… pastu tukaq kepada… jeng jeng jeng… pinggan warna hijau daun pisang dimana pinggan tu boleh disalah ertikan oleh manusia lain sebagai talam… hahaha… besaq nak mamposss…

ASPURI

* bersebelahan ngan padang skolah… dak2 laki slalu TERtendang bola masuk dalam aspuri. kalu tadak dak2 pompuan tolong bagi balik bola tu kat depa, akan kedengaranlah suara manusia(dak2 laki) yg sangat menggerunkan n….very annoying, indeed!
* slalu dimasuki oleh penceroboh… slalunya dak2 IKM… tsk tsk…
* dak2 pompuan slalu wat konsert (slalunya kat bilik basuh… hahaha…)
* ada ‘black room’
* kalo ada orang jual makanan kat bawah, kanak2 pompuan kat aspuri akan bertukar menjadi ikan pirana. in a blink of eyes, a big plastic bag (very big) full of nasi lemak will become empty… skejap ada, sekejap takde…
* sembahyang dalam dorm adalah dilarang. namun, ada ja insan2 yg melakukan aktiviti larangan itu… hahaha (sapa yea? hahaha)
* bulan puasa… kat tepi ampaian kat aspuri tuh… adalah tempat dak2 pompuan (batch aku ja) wat unggun api, bakar ikan yg dpancing kat tasik skolah (skali stahun). pernah skali kantoi ngan pak chon tapi semua ‘tertuduh’ lari meninggalkan tempat kejadian. haha!

BLOk D

* tempat di mana kanak2 form1 n form2 dtempatkan…
* there existed a very absurd rule: girls were not alllowed to step on the grass there… wonder why… but it brings laughs for me whenever i think of that rule. it truly shows how immature people are when they were tweens. (it was the boys who created the rule. they inherited it from their seniors. it would b interesting if sum1 could track down the person who created the rule… haha)

PREP CLASS

* aktiviti tidur slalu dilakukan oleh para2 plajar ketika ini.
* kalu datang musim hujan ja, masalah serangga yg menyerang kelas waktu malam akan menjadi lbih kronik… masa tu la perbalahan akan berlaku… sebab nak soh tutup sebahagian dari lampu klas…
* warden akan meronda
* kalu dapat kebenaran drpd warden yg btugas untuk tonton sbrg siaran langsung kat tv, kanak2 matgwar akan jd very the happy.
* kalu dengar pengumuman yg prep dibatalkan, depa akan jadi Xtra very the happy… haha…

SURAU

* sembahyang maghrib n isya’ = wajib didirikan kat surau skolah
* setiap kali habis smayang, sebelum kanak2dilepaskan untuk makan malam, ada tazkirah. stiap hr dpt blajaq menda baru. owh… how i miss it. cuz nowadays, i hardly go to d mosque. way 2 far! pray @ d room only
* slepas tazkirah habish, kanak2 matgwar akn berlumba ke dewan makan. pertandingan jalan kaki berlangsung. tingkap2 DM djadikan tempat untuk ltak telekung smayang. haha.
* setiap hari jumaat, bila kanak2 lelaki p sembahyang jumaat kat masjid, dak2 pompuan akan membersihkan surau… smayang zohor kT c2…

MAIN PETANG & taman rekreasi

* girls x ada peluang utk main petang cuz padang dimonopoli oleh boyz. tsk tsk
* girls then had 2 go to taman rekreasi. main galah panjang la, ‘tuju’ kasut la… waktu pokok2 buah masih wujud kt taman tu, hehe… kami memanfaatkan hasil2 pokok2 buah tu…
* kalu musim buah, pokok2 rambutan milik rumah2 seblah skolah akan penuh ngan buah… hehe… jeng jeng… makan! (dgn kebenaran tuan pokok la)
* takpon lepak kat pondok2 yg disediakan.
* tempat dimana apa2 camping dijalankan…

TASIK matgwar

* waktu tahun 2000, kayak masih bleh dgunakan. bayar rm 0.20 ja, dah leh main kt tasik buatan skolah.
* ada ikan. kami slalu memancing! especially bulan puasa. hehe…
* dulu, ada jambatan… slalu ja pi jalan2 atas jambatan tuh… skarang? dah rosak dah…
* very the cantik tasik tuh… skarang? i hv no idea…

that’s all i can think of rite now… mayb there’s part 2 of this. haha… i miss u skolah!

http://daydreamer11.blog.friendster.com


____________________________________________________________________

saya pernah menjadi pelakon dalam setiap kisah di atas. kehidupan bukanlah suatu yang kekal dan tidak akan berubah. saya pernah terjumpa guru matematik tingkatan satu ketika di intec. saya tak akan lupa dialog dengan guru tersebut
cikgu z: .........., awak kat mana sekarang ni? (dia hanya mengajar saya ketika di tingkatan satu
kemudian berpindah ke sekolah lain)
............: saya kat intec buat preparation ke australia
cikgu z: tak sangka awak jadi orang berguna jugak akhirnya.

saya hanya mampu tersenyum, banyak perkara telah berubah. moga saya terus istiqamah dalam kebaikan dan meninggalkan keburukan. dan saya yakin setiap orang mampu untuk berubah.

20090222

dua puluh

indahnya Allah menciptakan manusia dengan pelbagai pilihan. di awal pagi ada pilihan untuk bangun atau menarik selimut kembali, tetapi sang ayam tatkala subuh harus berkokok membangunkan manusia yang masih liat dengan pelbagai alasan untuk tidur kembali. siang menampakkan rupa, si ayah akan sibuk bertanya menu yang akan dimasak pada hari itu. si ibu sejak awal lagi sedang menggoreng jemput-jemput pisang. begitu banyak pilihan baju yang akan dipakai ke kelas, baju kurung hijau atau baju kurung jingga atau hanya berjubah hitam. termasuklah pilihan besar pada persimpangan di satu-satu masa dalam kehidupan. umpamanya tempat belajar, kos pengajian, mungkin juga calon suami tatkala usia mencecah suku abad. manusia memang perlu membuat pilihan. kadang-kadang ia hanya common sense tetapi selalunya sedikit ilmu dan pengalaman akan mematangkan setiap tindakan.

apabila bersoal tentang pilihan yang akan mencorakkan kehidupan, ia antara dua, di mana hasilnya ke syurga atau ke neraka. besarnya peranan untuk membuat pilihan, walau sekecil-kecil pilihan. walau hanya membuat ingin membeli sabun di pasaraya. hanya satu sabun yang akan terpilih namun pilihan itu akan memberikan hasil yang besar.

Rasulullah SAW telah mengajarkan tentang method membuat pilihan

Jabir r.a. berkata: Rasulullah telah mengajarkan kepada kami istikharah dalam segala urusan kami sebagaimana ia mengajarkan sesuatu dari Al-Quran, maka nabi bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu akan mengerjakan sesuatu, hendaklah ia solat dua rakaat. kemudian membaca doa: Ya Allah saya meminta pilihan-Mu menurut pengetahuan-Mu, dan saya mengharap dengan kekuasaan-Mudan saya mohon dari kurnia-Muyang besar, sesungguhnya Engkaulah yang kuasa dan saya tidak berkuasa. dan Engkau yang mengetahui sedang aku todak mengetahui. Engkau Ya Allah mengetahui segala yang ghaib, ya Allah jika engkau mengetahui bahawa urusan ini baik bagiku, di dalam agamaku dan penghidupanku serta akibatnya baik yang segera mahupun yang akhir, maka takdirkanlah bagiku, dan mudahkanlah untukku, kemudian berkatilah bagiku di dalamnya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini ,berbahaya bagiku, dalam agamaku dan penghidupanku serta akibatnyayang segera atau yang terakhir maka hindarkalah ia daripadaku, dan jauhkan diriku daripadanya. dan tentukanlah yang baik untukku, bagaimanapun adanya. kemudian puaskan hatiku dengan kebaikan itu (Bukhari)

Ia bukan semata-mata pilihan, ia adalah kebergantungan manusia pada Allah, mengaplikasikan konsep tawakal, dan redha dengan segala ketentuan. Biarlah kehidupan ini berlalu dengan kepercayaan yang sebenar-benarnya pada kekuasaan Allah dan mengharapkan setiap pergerakan, nafas, penglihatan, pendengaran, percakapan adalah hidayah Allah. mengharap dengan sangat Allah memberikan segala yang terbaik untuk diri dan agama. ia adalah kedua-duanya.

Ya Allah sesunggunya Engkau mengetahui segala-galanya. Engkau telah mewajibkan atas diri-Mu sifat-sifat-Mu dalam asma'-Mu. Engkau jualah yang memegang hati ini. kepada-Mu aku serahkan kehidupanku, terimalah aku...