20100415

empat puluh sembilan

saya tinggal agak lama di rumah, kali terakhir sebelum masuk asrama penuh. banyak yang berubah. rumah semakin banyak di kampung ni. orang-orang muda pun sudah bertambah-tambah. kampung saya bukan kampung tradisional, kebanyakkannya berhijrah ke sini sekitar tahun 1980-an. mereka adalah pegawai kerajaan ketika itu. jadi di sepanjang jalan kampung ini, kebanyakkannya pesara kerajaan. rumah besar-besar, tinggal seorang diri. yang tidak menariknya, setiap hari mesti ada kes pecah rumah. ada yang sudah kali ke-10. rumah saya tidak terkecuali. entah apa silapnya didikan anak muda di sini.

satu perkara lagi, kampung ini adalah tanah rizab orang melayu, tapi salakan anjing kalah kampung cina. anjing yang berkeliaran akan tinggal di mana-mana rumah yang dia berkenan. ada tuan anjing peluk cium anjing-anjing mereka.

antara yang perlu ditambah di sini, sehingga kini saya hanya kenal kurang lima orang jiran saya. sanagat memalukan. dan ramai orang kampung ini tidak mengenali saya.

20100107

empat puluh lapan

summer ini,banyak bicara maya tentang kereta dan rumah. mungkin summer lepas juga. alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah, nikmat Allah.

teringat dalam usrah suatu hari, terkenangkan bait di miller st

juga beberapa hari lalu, pemusafiran di bait lauramont st

jauh sekali bezanya, berkali-kali ganda

juga melihat-lihat barang sendiri, banyak rupanya,beranak-pinak dari satu beg 3 tahun lalu, berkotak-kotak juga perlu dihantar pulang

dan kisah umar al-khattab, apabila melihat al-ahnaf membeli baru baru. umar memegang baju tersebut, ditanyanya harga baju tersebut kepada ahnaf. ahnaf takut sekali mendengar soalan tersebut, dia pura-pura menyatakan harga baju tersebut 8dirham, sedangkan dia membeli dengan harga 12 dirham.

dan jawapan umar kepada ahnaf,
" seharusnya engkau tidak sepatutnya membelanjakan wangmu membeli baju semahal ini. bagi seorang pemimpin,wang ini harus dibelanjakan banyaknya untuk agama Allah bukan untuk kepentingan diri sendiri".

dan memetik patah-patah perkataan dari meja coklat beralas peta dunia, kini sudah ditanggalkan kata-kata itu, zuhud seorang daie.

dan mendalami makna zuhud itu,

dan penuh kerinduan akan bait putih beratap merah, dinamakan aztana laman tinggi, tinggi di atas bukit, nampak kerdil motosikal di jalan raya. dan bukit-bukau yang sedang keguguran daunnya tatkala musim kemarau

dan muhasabah diri, agar teguh berdiri

dan selamat datang tunggangan baru ke syurga, moga-moganya.


20100103

20091224

empat puluh enam


the wind







the birds




the sky



jazakunallahu khayr
langit, burung dan angin
semoga fillah segalanya
laut dan pasirnya,
ombak perlahan-lahan menghempas pantai

housemates summer 09
dan jiran tetangga
akan terus rindu

20091223

empat puluh lima

kalau tanya saya apa yang menarik di melbourne, antaranya berjalan di poplar rd dari royal park station ke simpang oak st. tadi sekali lagi. saya boleh memanggilnya jalan muhasabah. kalau nak datang baitul fida', saya akan pilih tram 55 walaupun ramai mengatakan turun di church st lebih dekat. jalan tu sangat mendamaikan, menginsafkan. sangat menarik. saya pernah berjalan dengan beberapa akhawat, berkongsi cerita. pernah suatu malam, lewat pukul 11 malam, berjalan dari royal park station ke baitul fida', saudaraku berkata, " kalau jalan kat kat sini mesti teringat cerita awak tentang xxxxxx". terima kasih kerana menjadikan perjalanan itu significant. saya pernah menangis, ketawa dan mencipta kekuatan di sepanjang perjalanan menyelusiri poplar road

antara kenangan dan kenyataan

20091222

empat puluh empat

kehidupan ini seperti chapter dalam sebuah buku. ada buku yang tebal, ada yang hanya beberapa muka surat. setiap chapter ada kisahnya. apabila habis satu chapter, perlu beralih kepada chapter yang baru. kisah perlu diteruskan.

jadilah penulis buku kehidupan dengan bijaksana, dengan redha pada Allah yang Esa. kerana suatu hari nanti, apabila lengkap semua chapter, buku ini akan diterbitkan. sama ada di atas tangan kiri atau tangan kanan buku ini akan diserahkan.

chapter anak rantau cuma tinggal beberapa helai untuk dihabiskan. chapter baru bakal ditulis . penuh kerinduan, semoga seperti rindu Rasulullah pada mekah, demam Bilal teringatkan tanah itu. jauh di sudut hati, chapter itu mahu diselitkan cerita perjuangan hingga tertubuhnya negara Islam Madinah. andai itu yang terbaik, andai itu yang diredhai.

kepulangan dalam kemenangan, mekah

- rindu laut, dan ombaknya.

20091213

empat puluh tiga




untuk tsabat
tanah tidak akan menyucikan para daie
antara dia dan Tuhannya

kekuatan yang dipinta
terlalu rindu negeri kekal abadi

20091201

empat puluh dua

So he (Sulaiman) smiled, amused at her speech and said: "My Lord! Grand me the power and ability that I may be grateful for Your Favours which You have bestowed on me and on my parents, and that I may do righteous good deeds that will please You, and admit me by Your Mercy among Your righteous slaves.

Untuk kali seterusnya, dengan keizinan Allah, tersenyum melihat ciptaan Maha Hebat. Antara berbillion manusia, saya pilihan-Nya. Antara dua puluh manusia, saya hamba-Nya, kembali pada-Nya. Semoga doa sehari-hari seperti doa Nabi Sulaiman mendengar suara semut.

Chlorophyta, Rhodophyta, Glaucophyta, Cyanobacteria. Subhanallah

20091127

empat pulu satu

eid adha, bersama kisah-kisah pengorbanan.

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. syukurnya Nabi Ibrahim pada hari kelahiran Nabi Ishaq dan Nabi Ismail, pada hari-hari tuanya. Syukurnya Nabi Sulaiman atas segala fadhliAllah, mengingatkan baginda akan ujian untuk bersyukur atau kufur. Syukurnya Nabi Daud dengan limpah kerajaan yang dipimpinnya. Dan kisah-kisah para anbiya' yang lain, begitu sifat mukmin, tidak lekang dengan kesyukuran.

masih terngiang-ngiang khutbah eidul adha di Debney's Park tahun lalu, mudah sahaja isinya. Khatib itu mengulas isi dari Surah al-Kauthar, hanya tiga ayat, namun maknanya begitu tebal. Allah telah mengurniakan kita pelbagai nikmat, terlalu banyak, kita sahaja yang banyak mengeluh dan bersangka buruk dengan Allah andai tidak memperoleh sesuatu yang baik pada waktu yang kita inginkan. Namun, Dia, Rabb yang menguasai langit dan bumi mengetahui setiap ceruk dunia dan makhluk-Nya. Dengan segala yang telah Allah kurniakan, Dia hanya menginginkan hamba-Nya untuk bersyukur, zahirkan dengan solat dan bekorban lillahi taala.

Dan khutbah tadi di ICV, begitu berbeza yang disampaikan dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, ketinggian tarbiyyah dalam bahasa Arab yang indah, saya cuba mengamati maksud-maksud perkataan. Sungguh tertarik dengan perkataan al-fida' Ibrahim. Sangat tertarik dengan point masa yang disampaikan. Masa dan jahiliyyah. Jahiliyyah bukan hanya yang terzahir, bukan hanya seperti yang tergambar dalam sirah, namun jahiliyyah yang sangat dekat dengan manusia hari ini, internet itu sendiri. Kadang-kadang kita menggunakan neraca dunia untuk setiap yang kita lakukan. Hanya melihat halal dan haram pada maksud yang jelas. Jahiliyyah juga berlaku pada waktu yang kita gunakan. Ramai masih tidak sedar, termasuk mereka yang telah berjanji membawa risalah Allah ini, masa yang kita gunakan di hadapan komputer, membaca blog, dari satu blog ke blog yang lain, menonton movie yang kononnya islamik, mendengar lagu-lagu nasyid dari pagi hingga petang, lihatlah masa-masa tersebut, semudah itu kita menghabiskan masa. (menarik artikel dalam blog www.fairytaleho.blogspot.com berkenaan masa-masa daie). Mungkin di situ tersisa jahiliyyah. Seharusnya masa-masa daie itu bukan hanya di depan komputer tetapi masa-masa dalam pelukan cendiakawan.

Serta budaya tanasuh dalam hati mukmin. Tanasuh yang diwajibkan Allah kepada orang-orang beriman, dan di sini letaknya kunci kesejahteraan. Jangan pernah merasakan kitalah yang paling baik, kita lebih hebat dari saudara kita, kerana setitik perasaan itu menjauhkan kita dari syurga.

Allahualam

Kepada Allah diserahkan segala urusan

Salam eidul Adha 1430
Baitul Fida'
Melbourne Munawwarah

20091123

empat puluh

Allah yang telah melapangkan dada kita sebenarnya. Kita tak mampu pun untuk meneruskan amal dakwah kalau bukan Allah yang melayakkan kita. And dakwah itu satu sunnatullah, jalan penuh ranjau duri namun terselit kemanisan bagi jiwa yang mujahadah. Satu yang pasti, kerana telah ditetapkan oleh Allah sifatnya, perasaan yang lahir dari jiwa kita selayakknya hanya kembali pada Allah. Segala ketakutan, kesedihan, kegembiraan ultimatenya dikongsi dengan Allah, moga lahir tawakal, kebergantungan hanya pada Allah.

Bebanan dakwah yang kita pikul proportional dgn byk mana mujahadah kita. Jangan mengeluh, jangan tunding jari, jangan iri hati. Tapi lihat diri sendiri.Allah yang telah melapangkan dada kita sebenarnya. Kita tak mampu pun untuk meneruskan amal dakwah kalau bukan Allah yang melayakkan kita. And dakwah itu satu sunnatullah, jalan penuh ranjau duri namun terselit kemanisan bagi jiwa yang mujahadah. Satu yang pasti, kerana telah ditetapkan oleh Allah sifatnya, perasaan yang lahir dari jiwa kita selayakknya hanya kembali pada Allah. Segala ketakutan, kesedihan, kegembiraan ultimatenya dikongsi dengan Allah, moga lahir tawakal, kebergantungan hanya pada Allah.
Bebanan dakwah yang kita pikul pro

Namun di sebalik kehidupan kita ke sana ke mari, menggalas beg dakwah, jangan pernah lupa diri sendiri. Kita memerlukan satu waktu khas, waktu hanya kita dengan Allah, waktu kita perlu melupakan taklifan dan madu, melupakan seketika segala permasalahan. Waktu itu, hadirkanlah hati, saat mengangkat takbiratul ihram, bermunajat pada Allah. Tidak ada gunanya kita menyeru manusia kepada Allah tapi hakikatnya diri sendiri semakin jauh. Saat rukuk, sujud munajat pada Allah adalah bekalan untuk menghadapi jalan yang panjang. Kerana di situlah letaknya hati, sangat dekat dengan Ilahi

Akhirul kalam, kekuatan bukan dilihat pada bilangan jasad dan saiznya, tapi pada bilangan hati yang masih hidup, basah dengan siraman hidayah dari Allah. Kita tak layak untuk menilai hati manusia, tapi kita perlu pastikan hati kita bernilai 1dan mungkin bernilai 1000.

(dikutip dari emel lama)

insyirah
agar terus dilapangkan dada

kepada M,M,I,S,D,A,H,F,KI,KS : sepotong episod: fadhli Allah

20091110

tiga puluh sembilan

andai punya kekuatan menulis seperti Abdullah ibn Mubarak kepada Fudhail bin Iyadh,

atau seperti tulisan seorang amir kepada daie (al-awaiq)

harus untukku, ukhti,

yang lebih utama adalah untuk berkata terus, hati ke hati

Allah, tunjuki hatiku dengan cahaya hidayahmu, cahaya yang membolehkanku berdiri.

20091025

tiga puluh lapan

seperti mahu melakarkan segalanya di sini

yang ingin ku tuju,
setiap saat dan detik

cengkaman dan gigitan seakan-akan menyengat
bisa itu tetap bisa walau bukan kali pertama

yang ingin ku tuju,
setiap saat dan detik

bunga kian layu, daun keguguran satu-satu
sirami kembali agar tegak berdiri teguh di bumi

yang ingin ku tuju,
setiap saat dan detik

seuntai lembaran tertulis segalanya
hikmah kehidupan naungan kasih-Nya


sekotak cinta

20091023

tiga puluh tujuh

kisah wajah syurga

namanya mohd firdaus. gelaran wajah syurga diberikan ibu saya.teringat kisah remaja ini ketika membelek-belek lecture note dan terpandang perkataan progeria. dia sebaya adik lelaki saya, sudah 17 tahun sekarang. allahualam, apa kisahnya sekarang. (saya hanya berjumpanya ketika dia di tahun satu)

mengimbau hari-hari di tahun 1999. dia tidak sama dengan kanak-kanak lain. memang jelas kelihatan wajahnya yang agak tua, kulit yang sudah berkedut dan kurang tinggi berbanding yang lain. saya tidak pasti dia progeria atau tidak, memang tidak pasti. cerita emak yang juga gurunya, setiap kali kelas bising dengan telatah kanak-kanak 7 tahun, dia bingkas bangun, tarik kerusinya ke hadapan kelas, berdiri di situ dan terus melaungkan azan. subhanallah.

selalunya saya akan pulang selepas pukul 1.15 petang, tahap satu pulang setengah jam lebih awal. dan boleh dikatakan pada setiap hari, saya akan berselisih dengannya, menunggang basikal kecilnya (basikal kanak-kanak 3-4 tahun dan dia menggunakan basikal itu hingga darjah enam), berbaju melayu, menuju masjid kerana mahu jadi yang pertama sampai. mahu berebut mic dengan datuk - datuk bilal masjid, dia mahu dia dulu yang melaungkan azan.

suatu hari, telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini ke atasnya. terdengar laungan Allah, Allahu akbar. tiada perkataan lain. ketika dia berusia tujuh tahun, tidak kedengaran perkataan ibu atau ayah atau cikgu, tapi Allah.

dia tidak pandai menulis, membaca dan mengira. tapi Allah anugerahkan kefahaman Islam padanya. menjadi kanak-kanak istimewa sudah besar cabarannya, diejek rakan-rakan, dibuli pelajar senior, namun hikmah pada dirinya sangat besar.dia memang istimewa, lain dari kanak-kanak lain.

apakah kisahnya kini, kali terakhir mendengar kisahnya dari emak, kalau ke kenduri, dia akan datang bersama rombongan kadi, imam dan bilal. berbanding adik saya, seorang remaja pada hari ini, dunia kononnya canggih dengan teknologi sana-sini, bermotosikal atau berkereta.

setiap kisah punya pengajaran, untuk mereka yang ingin mengambilnya

allahualam







20091018

tiga puluh enam

pernah menjadi poem kegemaran ketika berusia 9 tahun, kerana sering dibaca oleh emak hingga ada bait-baitnya saya hafal sehingga hari ini. satu refleksi.

If a child lives with criticism,
he learns to condemn.
If a child lives with hostility,
he learns to fight.
If a child lives with ridicule,
he learns to be shy.
If a child lives with shame,
he learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance,
he learns to be patient.
If a child lives with encouragement,
he learns confidence

.
If a child lives with praise,
he learns to appreciate.
If a child lives with fairness,
he learns justice.
If a child lives with security,
he learns to have faith.
If a child lives with approval,
he learns to like himself.
If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world

membaca kembali pada hari ini, mencari-cari saya child yang mana? dan begitu juga tarbiyyah yang telah mematangkan diri hari ke hari, apa yang telah terbentuk dalam diri, atau hanya berkata kosong tanpa pernah memahami.

satu rindu
agar kita ketemu

kurang seminggu saya kehilangan dua sahabat yang pergi dahulu dijemput Ilahi. seorang telah kemalangan maut (post tiga puluh lima) dan seorang lagi meninggal akibat cancer. cukup kematian itu peringatan. mungkin masa yang tinggal hanya esok dan lusa. moga ruh antunna dalam rahmat Allah Taala. akan terus merindui.inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.



20091015

tiga puluh lima

dia telah pergi
bersama kasih sayang Allah
lembaran suhuf telah ditutup

aku masih tinggal
tertulis setiap amalan
semoga yang dikejar itu keredhaan

alfatihah,
pemergian yang terselit sejuta rindu

fatimatussolihah aziz
sahabatku,
moga rohmu dicucuri rahmat selalu
-kita pernah berjuang bersama-

20091011

tiga puluh empat

Pahamilah dan tungulah, wahai orang yang bersemangat. Kerana engkau akan mendapatkan pahala berjaga-jaga sebesar pahala yang kamu dapatkan ketika menyerbu. Waspadalah terhadap jebakan tersembunyi yang dipasang untuk orang-orang bersahaja, yang tertipu oleh iming-iming kekuasaan dalam sebuah penyerbuan yang meragukan. Bantulah mereka untuk melihat. (Al-Awaiq)

-istisyhadiyun biiznillah-


20090928

tiga puluh tiga

Wahai para da'i, kalian sudah hijrah ke kota dakwah. Hati-hatilah jangan sampai apa yang sedang kalian jalani itu dirosak oleh rasa benci, hawa nafsu, cinta kekuasaan, ketaatan pada isteri atau ambisi untuk mendapat harta.
Semoga Allah mengurniakan anda keteguhan
Kami sampaikan hal ini kepada kalian, kerana kalian adalah para muhajirin yang enggan kembali kepada kehidupan badui

20090927

tiga puluh dua

memberi definisi kepada kegembiraan. gembira pada ingatan hanya pada Allah. gembira dalam ketenangan jiwa mutmainnah. kegembiraan dengan harapan pada Allah. pada wajah yang sentiasa terzahir kemanisan.pada jiwa yang merasai keikhlasan. pada waktu yang sama tahu kesedihan bakal menyusul mungkin esok lusa. gembira kerana terlalu gembira.

sangat takut untuk nikmat dan ujian gembira. terlalu lalai untuk menghadapinya. terlalu agung perasaan itu pada jiwa berdosa yang tak layak. takut andai kegembiraan itu merampas perbualan suci bersama ilahi. takut andai kegembiraan hanya kerana manusia. takut menghadapi kegembiraan kerana nafsu semata.

saya sangat gembira. gembira. gembira. melihat langit biru dan bilahan cahaya, awan putih berkepul, hujan yang kadang-kadang renyai kadang-kadang taufan. gembira melihat diri mampu merasai gembira. dan gembira juga saat ditimpa kesedihan, waktu pengharapan dan kemanisan.

gembira

20090920

tiga puluh satu

entah dari mana, entah cerita siapa

Ibu semakin sibuk, ibu banyak kerja. Kakak harap kakak faham kenapa ibu tidak dapat temakankan kakak waktu kakak siapkan kerja rumah, waktu kakak menangis atau mungkin waktu kakak gembira. Satu hari tu, kakak tunggu ibu dalam bilik ibu, kakak siapkan kerja rumah di tepi katil ibu, Ibu cakap malam tu ibu ada mesyuarat. Kakak tunggu juga, hingga hamper tengah malam, baru ibu pulang. Ibu terus menghadap computer. Ibu sedar tak kakak ada di sebelah katil ibu. Kakak tunggu ibu sebab hari tu kakak dapat 100 markah Matematik Tambahan. Kakak Cuma nak cakap, kakak sangat gembira.. Kakak mahu kongsi bersama ibu Tapi ibu tak hiraukan kakak, kakak bangun, malam itu kakak menangis semahu-mahunya dalam rukuk dan sujud. Tapi kakak sangat bersyukur, ibu didik kakak untuk tidak pernah mengharap pada manusia, ibu didik kakak untuk cerita segalanya hanya pada Allah. Kakak merasai kebahagian itu.

Kadang-kadang kakak terlalu pentingkan diri sendiri, kakak lupa ibu wanita luar biasa. Ibu ada dua pangkal D, ibu doctor dan ibu juga daie. Ibu ada banyak kerja, tapi setiap saat kakak yakin ibu selalu berusaha untuk memenuhi setiap keperluan kakak. Kakak lupa bagaimana ibu akan usahakan setiap minggu ibu akan bersama kakak dan adik. Ibu bagi kata-kata nasihat, ibu tanya apa kakak dan adik buat setiap hari.Tapi kakak masih tidak faham, kenapa ibu selalu tak benarkan kakak buat apa yang kakak suka. Waktu ibu tidak benarkan kakak ikut rombongan sekolah, kakak sangat tidak berpuas hati. Adik pergi tanpa perlu beritahu ibu, tapi kakak perlu berada di rumah tolong ibu. kakak yakin itulah yang terbaik untuk kakak. Banyak masa kakak dalam luang dengan ibu, kakak sangat bahagia.

Waktu kakak menagis, ibu datang peluk kakak. Erat dakapan ibu. Ibu pujuk kakak. Waktu kakak sangat ketakuatan, ibu pujuk kakak, Ibu suntik kekuatan. Ibu ajar kakak untuk pegang cerek panas, bukan dengan melarang supaya kakak sendiri tahu ia bahaya. Segalanya kakak harap dapat kembali pada Allah. Kakak takut kakak sayang ibu sebab ibu bukan sebab Allah. Kakak takut kasih sayang kita adalah kasih sayang duniawi. Kakak akan berusaha bersungguh-sungguh. Kakak mahu jadi seperti ibu. Kakak mahu terus memacu. Ibu andai ibu baca , ketahuilah kakak sangat sayang ibu. Kakak sayang ibu hanya kerana Allah. Kakak sayang ibu hanya mengharap ganjaran syurga dari Allah. Semoga Allah akan mempertemukan kita di Firdaus.Kakak mahu jadi anak ibu. Anak kesayangan ibu.

Ibu, pegang erat tangan kakak, jangan lepaskan. Kita akan berlari bersama menuju syurga Allah. Tsabit qulubana ala dinik wa taatik wa dakwatik

Salam sayang,
Kakak, anak ibu

20090915

tiga puluh

Apabila kita melihat kelemahan kita sekali sekala atau kegoncangan
dan ketakutan kita sekali sekala atau melihat sekali sekala kecemasan kita
dalam menghadapi kesusahan dan bahaya, maka janganlah kita berputus asa
dari diri kita dan janganlah kita terlalu terharu hingga menganggap diri kita
sudah habis atau tidak layak buat selama lamanya untuk memikul tugas yang
besar, tetapi di samping itu janganlah pula kita menyokong kelemahan kita
dan menyanjungnya sebagai sifat semulajadi manusia dan janganlah pula kita
mempertahankan kelemahan itu dengan alasan ia juga telah dialami oleh
orang-orang yang lebih baik dari kita. Yang perlu kepada kita ialah
berpegang teguh dengan tali Allah untuk bangun kembali dari rebah dan
memulihkan semula keyakinan dan ketenteraman kita serta menjadikan
kemelut yang menggoncangkan hati kita itu sebagai alamat bahawa kita akan
mendapat pentolongan dari Allah. Dengan demikian kita kembali menjadi
kuat, teguh dan tenang untuk meneruskan penjalanan
(tafsir fi zilalil quran)