20091025

tiga puluh lapan

seperti mahu melakarkan segalanya di sini

yang ingin ku tuju,
setiap saat dan detik

cengkaman dan gigitan seakan-akan menyengat
bisa itu tetap bisa walau bukan kali pertama

yang ingin ku tuju,
setiap saat dan detik

bunga kian layu, daun keguguran satu-satu
sirami kembali agar tegak berdiri teguh di bumi

yang ingin ku tuju,
setiap saat dan detik

seuntai lembaran tertulis segalanya
hikmah kehidupan naungan kasih-Nya


sekotak cinta

20091023

tiga puluh tujuh

kisah wajah syurga

namanya mohd firdaus. gelaran wajah syurga diberikan ibu saya.teringat kisah remaja ini ketika membelek-belek lecture note dan terpandang perkataan progeria. dia sebaya adik lelaki saya, sudah 17 tahun sekarang. allahualam, apa kisahnya sekarang. (saya hanya berjumpanya ketika dia di tahun satu)

mengimbau hari-hari di tahun 1999. dia tidak sama dengan kanak-kanak lain. memang jelas kelihatan wajahnya yang agak tua, kulit yang sudah berkedut dan kurang tinggi berbanding yang lain. saya tidak pasti dia progeria atau tidak, memang tidak pasti. cerita emak yang juga gurunya, setiap kali kelas bising dengan telatah kanak-kanak 7 tahun, dia bingkas bangun, tarik kerusinya ke hadapan kelas, berdiri di situ dan terus melaungkan azan. subhanallah.

selalunya saya akan pulang selepas pukul 1.15 petang, tahap satu pulang setengah jam lebih awal. dan boleh dikatakan pada setiap hari, saya akan berselisih dengannya, menunggang basikal kecilnya (basikal kanak-kanak 3-4 tahun dan dia menggunakan basikal itu hingga darjah enam), berbaju melayu, menuju masjid kerana mahu jadi yang pertama sampai. mahu berebut mic dengan datuk - datuk bilal masjid, dia mahu dia dulu yang melaungkan azan.

suatu hari, telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini ke atasnya. terdengar laungan Allah, Allahu akbar. tiada perkataan lain. ketika dia berusia tujuh tahun, tidak kedengaran perkataan ibu atau ayah atau cikgu, tapi Allah.

dia tidak pandai menulis, membaca dan mengira. tapi Allah anugerahkan kefahaman Islam padanya. menjadi kanak-kanak istimewa sudah besar cabarannya, diejek rakan-rakan, dibuli pelajar senior, namun hikmah pada dirinya sangat besar.dia memang istimewa, lain dari kanak-kanak lain.

apakah kisahnya kini, kali terakhir mendengar kisahnya dari emak, kalau ke kenduri, dia akan datang bersama rombongan kadi, imam dan bilal. berbanding adik saya, seorang remaja pada hari ini, dunia kononnya canggih dengan teknologi sana-sini, bermotosikal atau berkereta.

setiap kisah punya pengajaran, untuk mereka yang ingin mengambilnya

allahualam







20091018

tiga puluh enam

pernah menjadi poem kegemaran ketika berusia 9 tahun, kerana sering dibaca oleh emak hingga ada bait-baitnya saya hafal sehingga hari ini. satu refleksi.

If a child lives with criticism,
he learns to condemn.
If a child lives with hostility,
he learns to fight.
If a child lives with ridicule,
he learns to be shy.
If a child lives with shame,
he learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance,
he learns to be patient.
If a child lives with encouragement,
he learns confidence

.
If a child lives with praise,
he learns to appreciate.
If a child lives with fairness,
he learns justice.
If a child lives with security,
he learns to have faith.
If a child lives with approval,
he learns to like himself.
If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world

membaca kembali pada hari ini, mencari-cari saya child yang mana? dan begitu juga tarbiyyah yang telah mematangkan diri hari ke hari, apa yang telah terbentuk dalam diri, atau hanya berkata kosong tanpa pernah memahami.

satu rindu
agar kita ketemu

kurang seminggu saya kehilangan dua sahabat yang pergi dahulu dijemput Ilahi. seorang telah kemalangan maut (post tiga puluh lima) dan seorang lagi meninggal akibat cancer. cukup kematian itu peringatan. mungkin masa yang tinggal hanya esok dan lusa. moga ruh antunna dalam rahmat Allah Taala. akan terus merindui.inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.



20091015

tiga puluh lima

dia telah pergi
bersama kasih sayang Allah
lembaran suhuf telah ditutup

aku masih tinggal
tertulis setiap amalan
semoga yang dikejar itu keredhaan

alfatihah,
pemergian yang terselit sejuta rindu

fatimatussolihah aziz
sahabatku,
moga rohmu dicucuri rahmat selalu
-kita pernah berjuang bersama-

20091011

tiga puluh empat

Pahamilah dan tungulah, wahai orang yang bersemangat. Kerana engkau akan mendapatkan pahala berjaga-jaga sebesar pahala yang kamu dapatkan ketika menyerbu. Waspadalah terhadap jebakan tersembunyi yang dipasang untuk orang-orang bersahaja, yang tertipu oleh iming-iming kekuasaan dalam sebuah penyerbuan yang meragukan. Bantulah mereka untuk melihat. (Al-Awaiq)

-istisyhadiyun biiznillah-